April 18, 2010

Birthday Sultan Perak

16th April

Budak budak SABDA pulang bermalam selama tiga hari. ada yang stay di sekolah,atas alasan taknak balik sebab tak cukup wang,ada bola, dan nak study. jadi mereka tak balik lah.buat semak kat dorm. yang balik ni pulak satu cerita.

pada 15th April(Khamis baru ni) patutnya ada dentist appointment,tapi kakak pi postpone benda tu sampai 6th May. BAAAPAK LEWAAAT. dah tukar tiga colour dah getah kat gigi ni kalau nak tunggu bulan May.
and the best part jugak,ingatkan 15th tu balik,umi la yang datang nak ambik,tapi bila dah postponed,tak jadilah dia nak ambik. so they expect me to book a bus ticket from SABDA to Kl central. mmhmm..=.= boleh plaaak. dah last minute dah,Ahad lepas booking/cancelling yang terakhir. sumpah gangster nak gamble gila punya ni. haha
then pagi 15th tu pergi lah sekolah dengan muka selambarnya.
dah habis 2 period,baru teringat. "EH! aku balik dengan ape ni esok" haha monologue.

then terus berjalan dengan kaki senget sebelah (kaki kiri melecet kat belakang. boot.),menujulah daku ke 5 AFI. dah sampai,cari NADIATUL AKMAR. hahaha why her? becooooos,hari Selasa baru baru ni dia ada offer nak balik dengan dia.actually last week pun dia ada offer gak. before hari sukan tu. ye,hari sukan tu,yang Ruby dapat nombor 6 tu... laaa,takkan tak ingat kot..NGAHAHA.
So,bila dah dioffer jangan la didecline. betul? betul.

dah mintak kat Nad nak tumpang,then dia cakap,"okay,Nad tanya parent Nad dulu eh?malam ni Nad bagitau boleh ketak"
okay:)

so dah habis riadah hari Khamis,makan,mandi,sembahyang,prep,supper. time supper tu kot. baaaru la Nad bagitau boleh tumpang. hahaha gamble gila punya.esok tu dah nak balik dah.

okay so,matahari Jumaat,16 April terbit. sekolah cambiasa. biasa....?boleh lah. havoc sikit haritu. budak Biruni kena round sekolah dengan Miss Shida secara buta. then dah habis sekolah,terus pergi 5 Farghani,tunggu si Nad. punyalah lama makcik Akmar nii. sikiiit sikit tapak dia.tapi takpe,tunggu gak. nak tompang punya pasal. beradab la sikit en.hahahaha

pastu dah meluat tunggu lama sangat,gerak dulu pergi dorm. lepak lepak jap,then lunch. sambil makan sambil salam budak budak yang balik naik bas. sumpah best doh kalau naik bas. tapi takpe,Nad ada bas gak.HAHA

then pergi solat Jumaat. nak cerita sikit dalam masjid tu jadi apa.
kitorang sampai time tu lagi sejam nak masuk waktu. TAHNIAH. pastu masuk masjid,tanpa wuduk. niat nak lepak lepak dalam kesejukan tu tapi sekali masuk. hm. same je.air cond tak bukak. electric tadak. -.- boleh plaaaak. tunggu ah sandar kat dinding jap. pastu ade pakcik pakcik ni sikit yang datang bawak generator. nak pasang kat luar. yang aku ni pun,tunjuk sikit ciri ciri epitome,tolong cucuk soket & turn on the switch. dah buat,terus cepat cepat masuk dalam nak rasa aircond.heheh. tetapi...hadoih. generator pulak buat nazak. kejap on kejap off. memang tak blinking lampu dalam masjid tuh. bukak tutup bukak tutup. fan pun sama. pusing stop pusing stop. hadeh.. tak larat nak tengok,terus sandar,tidur..................................saaaaampai
iqamah nak solat. heheh khutbah satu benda pun tak dengar. tidur dalam iman tu. khusyuk.


dah sembahyang,balik ke sekolah,lepak dalam dorm. sembang sembang dengan Akif,Haziq,Izwan,Fahmi kencang,budak budak bola.. topik Sembangan Tin Kosong kami? ahahaaa, biarlah rahsia. HAHAHAH! masing masing bangang.
dah lamaa sikit around 3pm macam tu,ada budak form1 panggil, ada kakak tunggu kat bawah. NAD! atlast.

dengan muka yang agak segan sikit,berjalan menuju ke Triton warna hitam ayahnya. Salam,letak barang kat belakang tu,then masuk. duduk kat belakang. Mak Nad takde,sebab apetah. dah masuk si ayahnya pun tanya lah macam macam sikit. si uzair ni pun jawab lah sikit sikit. sembang sembang...KERETA BARU RUPANYA. betulla Nad cakap haritu ayah dia beli kereta baru.hahah. baru bai. baru ambik pagi tadi. plastic pun tak tanggal lagi. tingkap pun takleh roll down lagi. bumpy sikit ah kat belakang. but okay. best.
then ayahnya bawak kitorang makan kat kedai mee udang kat tepi surau tu. okay ah,teh o' ais dia sedap. tak habis pun..segan.hahah pastu pegi surau,Asar. ayahnya jadi imam.heh. Nad takleh solat. eh sorry,tertype.

seterusnya kami ke Pasar Ikan Kuala Selangor. agak seronok ah jugak kat situ.....pasar ikan kan....
ade cengkerang yang hidup lagilah abende semua tu. oh tapi yang caught our eyes is that ada satu kucing ni,yang baring baring kat tengah tengah pasar tu. hahah macam Garfield. heaven gilababi kot kalau jadi kucing dalam pasar ikan. memang gemok.maaacam Taib.

dah beli ikan,sotong,udang dan segala-galanya,habislah RM111.80 kat situ..best gile doh ayah Nad,blanje duit beli ikan.
stylo.
lepas tu stop by kat kedai buah kelapa,Nad pergi beli air kelapa. pergh,dia tuang straight from the fruit kot. potong,cak,cak,cak,tuaaaang dalam plastik. pastu minum. rm2.50

HAHA macam tukang kira expenses Nad la pulak aku ni.

after that,baru lah kami meneruskan perjalanan kami hingga ke Shah Alam,seksyen 7. betul betul belakang Ui__ XD

then,around 6.50pm macam tu,sampai rumah Nad number 12(kan?). Unload barang-barang,salam dengan bondanya,pastu masuk. dengan segan silu nak mampos. tapi muka still relax cover.lepak-lepak dengan Iman,tengok tv. Disney channel. andthen bondanya bawak keluar snacks sikit. ape lagi,makan ah.ahaha tapi makan Kisses je. yang lain tak sentuh. and then adik Nad balik dari sekolah,lagi sorang turun dari tingkat atas, bermesra la mereka sekeluarga. ade pulak odd person sorang duduk tengah-tengah kat situ.hahaha sumpah segan. pastu azan mahgrib bunyi,terus cakap nak pergi surau. mak Nad dah offer solat kat atas,tapi tidak mengapa. SURAU TAK JAUH PUN WAHAI NAD . haha 1 block away je pun. dah smayang,balik,tengok semua macam dah ready nak pergi dinner. except ayahanda Nad. dia lepak lepak lagi potong kuku. tiba tiba ada member ayahanda Nad dari Nigeria call,tanya tinggi dia berapa. hahaha pastu ayahanda Nad tanya asal tanya ketinggian? rupanya orang tu nak beli satu punjabi suit.hmm bole plaaak. but somehow,i got entertained by them.best ah family Nad. seres. friendly gila. Iman tu especially. hahah dengan cameranya.

andthen tak seberapa lama selepas tu,my dad called ayahanda Nad. tanya directions. around 5-1o mins orang tua tu sampai. ececeh. Valentino Rossi tu orang tua pun x)

salam salam uncle,cakap byebye kat Nad and terus balik. lupa nak wish adik dia Happy Birthday.tapi tak sampai lagi. 20th April birthday budak tu.
esok la kan?
HAPPY BIRTHDAY ADIK PEREMPUAN NAD :D

jadi. itulah kisahku ketika hendak pulang ke Bangi ini pada hari Jumaat baru baru ini. moral of the story,Thanks Nadiatul Akmar.
Cerita di Bangi selama tempoh 3 hari ni,tak cerita lagi. tak larat. maaf. tapi takpe,next 2 weeks nanti mesti ada lagi cerita. ;D heheh

so esok Monday,i'm going back to SABDA.Nad pulak yang nak tumpang. bertukar tukar. heheh. what are friends for right? always welcome.

-Oz-